Thursday, April 18, 2013

DILEMMA


Assalamualaikum... Mid sem break dah seminggu berlalu, tapi sekarang ni baru ada masa untuk tulis.. Haish... Masa memang mencemburuiku.

Cuti mid sem memang sentiasa dinanti, sejak awal masuk sem lagi.. Hehehehe... Tapi, bila tinggal 3 hari lagi nak cuti, hati ni berada dalam dilema la pulakkk... sebabnya, datang seorang hamba Allah yang bernama Siti Maztura Mohd Shafiq yang mengajak diriku join program PERMAS selama 3 hari, bermula dari cuti mid sem ni. program tu namanya Maztura ni kawan saya sejak dari zaman matrik lagi. Memang da jemu tengok muka dia je.. duduk pun satu kolej pulakk... Oklah, Program Anak Angkat anjuran PERMAS ni diadakan  di Kg. Rinching Hilir, Bangi... Program itu berlangsung dari 5 April hingga 7 April 2013..

 
                                   
                                                     Masjid Kg. Rinching Hilir, Bangi.

Maztura ni memujuk supaya temankan dia pergi memandangkan dia adalah ajk program ni. Katanya, seronak program ni. Tapi, hati ni berat kata nak balik rumah jugak..

Akhirnya, setuju jugaklah join program ni dengan hati yang berat.. Bila pergi perjumpaan PERMAS ni, tengok macam semua budak API je yang pergi. Dalam hati kata, "mesti tak de acara ekstream dan lasak ni.. Ok jugak ni. Aku pun tak suke nak lari-lari."

Betul tu, sebenarnya berat hati jugak nak pergi sebab tajut nanti ad banyak aktiviti lasak yang memang saya rasa rimas sangat kalau join.. Hehehe...

Ok.. tak sabar jugak nak pergi sebenarnya... excited jugak dengar ada pembahagian anak angkat... Tapi, hari jumaat, 5 April 2013, hati jadi sebak sebab tengok semua orang angkat beg nak balik rumah sendiri, tapi saya angkat beg nak balik rumah mak angkat....




Saya dan Siti Maztura....

Tuesday, April 16, 2013

MEREKA KATA

Assalamualaikum... seperti biasa, saya lewat lagi... lewat untuk update post dekat blog ni... Memang tak boleh ubah perangai bertangguh ni. Oklah... sebenarnya, 3 April yang lepas, sesi peer coaching yang kedua telah diadakan. Sesi kedua ni bertajuk 360 Feedback...  pengisiannya adalah berkaitan diri kita yang dilihat daripada perspektif dan kaca mata orang lain. Jadi, kami telah diminta untuk menyenaraikan kelemahan dan kelebihan diri sendiri melalui komen orang-orang tertentu... well, disebabkan benda ni lah, update blog ni jadi lambat, sebabnya, segan nak tanya orang lain tentang diri kita. Setuju tak?

Pertama sekali, saya minta respond dan pendapat dari ibu, ayah dan adik-adik. Konklusinya, mereka mengatakan saya seorang anak dan kakak yang baik, mudah mesra dan suka bergaul, pandai ambil hati, penyayang dan boleh memberi pendapat dan nasihat yang bernas. Hehehe... Tak sangka pulakkan? untuk kelemahan pula, mereka kata saya seorang yang suka syok sendiri, suka guna barang orang lain (adik), selalu nak menang je, banyak sangat cakap dan malas tu mesti ada punya lah...

Kedua, saya minta respond rakan-rakan baik. Hehehe... Time ni lah dorang excited sangat... Macam-macam dorang tulis sambil ketawa terbahak-bahak. kata mereka, kelebihan saya ialah pandai dan tidak lokek ilmu (senyum simpul plak..), rajin buat short notes, peramah, kuat gelak, pemurah, tidak suka berhutang, dan seorang yang bersemangat. Kekurangan saya pada kaca mata mereka ialah saya suka balik tiap2 minggu, suka cakap diri sendiri comel dan paling banyak complain.... Huhuhuhu.... Macam-macamlah dorang ni... 

Akhir sekali, saya meminta pendapat orang yang saya tidak kenali tentang keburukan dan kelebihan diri saya. Secara kesimpulannya, mereka mengatakan saya seorang yang konfiden, peramah, ada kemahuan untuk membuat perubahan ke arah memperbaiki diri serta boleh menggunakan waktu dengan baik. Mereka juga mengatakan saya nampak agak pendiam dan sukar untuk didekati...

Wahh!! Bila dah senaraikan macam ni, barulah saya tahu apa kelebihan dan kekurangan diri yang perlu saya perbetulkan. Bila baca kelebihan, memang senyum je sampai telinga. Tapi bila baca kelemahan diri sendiri, memang sengih je lah... Baru tahu macam mana rupanya diri ini di mata orang lain... 

Azam saya adalah ingin menjadi orang yang lebih baik di masa kan datang...