Friday, August 30, 2013

day 4

pagi bermula dengan sarapan yang mengenyangkan... kemudian, kami masuk semula ke bilik seminar untuk meneruskan sesi seminar yang berikutnya... hari ini, kami mendengar sesi seminar yang dikendalikan oleh en zaid mohamad... tajuk seminarnya ialah PROBLEM SOLVING AND DECISION MAKING.. perkongsiannya sangat menarik, memandangkan beliau seorang yang berpengalaman dalam memberikan seminar dan motivasi..


khusyuk mendengar... :)

input-input berguna:

PROBLEM SOLVING PROCESS:



  1. identify
  2. investigate
  3. generate
  4. develop
  5. decide
  6. implement
  7. review

HOW TO GENERATE IDEA:


  • using ISHIKAWA DIAGRAM



generate idea using 3 different tools:


  • MANUFACTURING (6Ms)
               -machine
               -method
               -materials
               -manpower/mindpower
               -measurement
               -mother nature

  • MARKETING (7Ps)
'              -price
               -product
               -promotion
               -place
               -people
               -process
               -physical evidence

  • GENERAL ANALYSIS: 5W 1H


after identified the problem, then , come out and discuss as much solution as you can.. later, use the DECISION MATRIX to come out with the best solution....


untuk contoh di atas, JOB A adalah pilihan yang terbaik bagi orang tersebut setelah mempertimbangkan semua perkara dengan weightage yang sesuai untuk keperluan dirinya...


selepas tamat sesi seminar pada jam 5 petang, kami bermain satu permainan yang menguji kekuatan kerja sama dalam kumpulan. kami perlu melepaskan telur dari tingkat tiga dan pastikan telur tersebut tidak pecah selepas dilepaskan. pelbagai barang diberikan kepada kami untuk membina design sesuai bagi memastikan telur tersebut tidak pecah...
game ini sangat menarik dan menguji ketangkasan ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah dan memilh solution terbaik untuk menyelesaikan misi... :)

pada malam hari, movie night pun berlangsung.. kami menonton cerita despicable me 2 pada malam tersebut.. movie tersebut sangat lawak, manakala karakter kartun nya pula sangat cute... :)


cute giller...

day 3_eagle ranch ressort

day 3

selesai bersarapan, kami masuk ke kelas seperti biasa. pagi itu, kami ada sesi ice breaking.. so fun and very interactive... selepas itu, kami ada sesi refleksi bersama kak nadia dan abang imran. kami berkongsi tentang apa yang telah kami pelajari dan pelbagai momment suka dan duka sepanjang 3 hari menyertai program ini. pelbagai reaksi dan komen telah kami berikan.. tiada sebarang sesi seminar dijalankan pada hari tersebut kerana pada p[etang ini, kami akan menyertai aktiviti ROPE CHALLENGE...

sebelum itu, saya, jay, chaw dan kak aimi telah pergi jalan-jalan sekejap di PD. rupanya, hari ini merupakan hari lahir kak aimi.. kak aimi dengan baik hatinya telah beli sebiji kek secret recipe untuk kami semua makan pada malam nanti..

bergambar bersama jay dan kak aimi di PD...

tepat jam 4.30 petang, aktiviti rope challenge pun bermula.. penerangan diberikan sebelum kami memulakan sesi rope challenge tersebut.. kemudian, kami pun memulakan sesi merempuh halangan... kami telah diberi peluang untuk mencuba 2 halangan dalam trek tersebut. untuk pengetahuan, rope challenge di eagle ranch ressort ini telah tersenarai dalam MALAYSIA BOOK OF RECORDS kerana mempunyai halangan tali terbanyak di Malaysia... waahhh.. bangga giller dapat try, taw.... :)

sebahagian daripada halangan bertali yang terdapat di sini...


kumpulan kami sedang mendengar penerangan sebelum naik....



   halangan satu dan dua yang perlu kami lalui....


berganbar kenangan selepas tamat aktiviti...


malamnya, selesai makan malam, kak aimi mengeluarkan kek secret recipe yang dibelinya.. sambil menyanyikan lagu happy birthday, kak aimi meniup kek yang dibelinya... thanks kak aimi sebab sudi belanja kami semua.. :)

  
nyanyi dan tiup lilin.. yeay,.... :)


tanat sudah hari ketiga.. baca pula hari keempat ye.. :)

Thursday, August 29, 2013

DAY 2_EAGLE RANCH RESSORT

DAY 2

Hari kedua kami bermula jam 9 pagi. selesai bersarapan, kami masuk ke bilik crossroad 1 untuk mendengar seminar kedua. pada hari tersebut, Mr. Mustak adalah penceramah jemputan pada hari tersebut.. tajuk seminar pula ialah CRITICAL AND ANALYTICAL THINKING... sambil dengar ceramah, ada sesi interaktif dalam kumpulan.. enjoy...

saya dan kawan2 berbincang dalam kumpulan untuk selesaikan misi...

CRITICAL THINKING is important to make sure we complete the task in very effective way.. it is different if we keep on thinking in the same way as we used to think. here, there are a few tips on how to think critically:

so.. to think critically, we must avoid:

  • herd instinct
  • negative bias
  • group bias
  • stereotype
  • halo effect
  • wishful thinking

convergent and divergent thinking

  •  divergent; look at all aspect and give as many choice as you can.give colaborative idea.
  •  convergent: choose the best solution from the varieties of choices from the brainstorming

                                

how to think and creat question to think critically?
-use the 5W 1H tool:


but how to BEING A THINKER:
  • active listening
  • curiosity
  • self discipline
  • objectivity                                  
  • seeing the big picture
  • humility
  • using your emotion
  • being self aware
Mr. Mustak is a very good motivator. he loves to share his life story which can motivate us to be a success person. FYI, mr mustak is an ex-CEO of JAGUAR MALAYSIA.. wow.. he's such an excellent and success people. I'm very happy to get to know him and being a part of this program.. :)


Mohamed Mustak Aboo Bakar
gambar google: en. mustak aboo bakar
tekun dengar seminar... :)

habis sesi seminar pada jam 5 petang, kami bersiap pula untuk sesi riadah.. it is an optional.. game petang tersebut ialah CAPTAIN BALL... malangnya, saya dan jay tak dapat join sebab jay nak pergi PD untuk beli kasut sukan.. but, dorang kata, game tu sangat best..!!

main CAPTAIN BALL di petang hari..


malam nye pula, kami ada movie night.. movie night tersebut diadakan dalam bilik seminar, tutup lampu, gelap2... best giller.. kami tengok cerita Mandela.. son of africa, father of nation.. Cerita ni sangat best, mengisahkan bagaimana Mandela, president of South Africa yang berusaha untuk mengamankan africa dari huru hara dan persepsi aparteid... cara pemikirannya sangat berbeza dari cara orang biasa berfikir..


tamatlah cerita kami pada hari kedua ini.. tidur nyenyak, mimpi indah atas katil empuk.. :)

Tuesday, August 27, 2013

SERU career enhancement with LEADERONOMICS

ASSALAMUALAIKUM....

yeay.. sudah selamat pulang ke rumah setelah beberapa hari merantau ke negeri orang.. hehehehe... ke negeri orang lah sangat.. pergi Negeri Sembilan aje pun.. rentetan saya telah join program anjuran SERU dan leaderonormic selama seminggu pada bulan Julai 2013 yang lalu, maka, saya telah bertekad untuk menyertai program tersebut untuk siri kedua selama 6 hari di EAGLE RANCH RESORT, PD. program tersebut dinamakan sebagai CAREER ENHANCEMENT anjuran SERU dengan kerjasama LEADERONORMICS company.... excited sangat sebab dapat jumpa dengan kak nadia radhuan, a.k.a project manager kami untuk siri satu yang lalu. she's such an energetic person... seperti biasa juga, peer coach saya, JAYASRI RAVENDRAN turut menyertai program ini.. ambassador SERU lah katakan... hehehehe...



hari pertama, 19 ogos 2013, saya dan jay bangun awal pagi bersiap untuk menaiki bas pada jam 7 pagi.. tapi bas bertolak pukul 8 jugak.. kami sampai ke eagle ranch ressort dalam jam 10.30 pagi dan terus dibawa menuju ke CROSSROAD 1, bilik seminar di mana kami akan menghadiri kursus sepanjang enam hari tersebut. proses ice breaking juga dimulakan. kami perlu mencipta logo kumpulan beserta nama, misi, visi dan objektif kumpulan dalam masa 20 minit. dengan keadaan yang agak lesu dan separa sedar, kami melakukan tugasan tersebut dengan keadaan agak lambat dan rilex je... hehehehe...

selesai ice breaking, fasilitatorr kami memulakan sesi seminar kami yang pertama. tajuk seminar tersebut ialah WORKING IN TEAM..

element dalam seminar ini ialah:

-stages of team development.

  • forming
  • storming
  • normalizing
  • performing
-win-win thinking

  • is an attitude that seeks to find solution that may give benefits to both parties
  • action plan: establish win-win mindset, desired of their and our outcome, brainstorm, decision.,...
-working in team

  • always develop trust
  • focus on the big picture
  • think win-win
  • humble and sincere
  • willing to gain knowledge and work with others
  • create synergy
  • seek to work out issues or challenges instead of personal perferences... 
sepanjang seminar tersebut, pelbagai aktiviti yang kami jalani. antara game tersebut ialah SPY GAME.. dalam game tersebut, kami perlu menyelesaikan misi sambil memastikan tidak terdapat sabotaj daripada spy dalaman. game ini menuntut kepercayaan antara ahli kumpulan dalam menyelesaikan misi.

game berikutnya ialah TRADING GAME. dalam game ini, empat kumpulan perlu menyelesaikan misi rahsia denga cara menjual ataupun membeli barangan rahsia dari kumpulan lain. dalam permainan ini, kerjasama dan komunikasi antara kumpulan sangat penting dalam menyelesaikan misi. hal ini kerana, kegagalan satu kumpulan akan menyebabkan kesemua kumpulan gagal dalam permainan ini... dan memang kami semua kalah dalam game ni.. hehehe.... :)

dan yang paling ditunggu-tunggu tapi takut ialah aktiviti FIRE EATING... kami dipaksa untuk menelan api yang marak pada satu batang kayu.. aktiviti ini benar-benar menguji keberanian, confident dan semangat daripada ahli kumpulan yang lain... yeah... I did it..!! puas sanagt bila dapat makan api tu.. rasa macam tak ada halangan yang boleh menghalang diri saya daripada untuk melakukan sesuatu yang saya ingini.. sedangkan api pun dah boleh makan, apa lagi yang perlu ditakuti untuk melakukan perkara yang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.. 

petang itu, kami dibawa masuk ke bilik masing-masing... wow..... syok giller.. bilik ala-ala cowboy dengan katil dan langsir corak kulit lembu, manakala binding dan perabot diperbuat dari kayu solid... macam rumah kampung pun ada.. bilik kami, BANDWAGON 29.. NADWA and JAYASRI..  dari luar, bilik kami berbentuk kereta lembu dengan roda gergasi.. so fun and felt grateful to have such a great experience here... itulah cerita kami pada hari pertama... 

  
bilik kami... comel macam kami jugak...  :)

Sunday, August 25, 2013

rumah terbuka Tun Mahathir....

Rumah terbukaTun Mahathir.
18 ogos yang lalu, saya telah mengikuti ayah saya dan rakan-rakannya menghadiri majlis rumah terbukaTun Mahathir Mohamad di kediaman rasminya. Ayah saya merupakan  SetiausahaAgung Pertubuhan Ikhlas Malaysia, iaitu satu persatuan NGO khusus untuk membantu golongan penjaja di Malaysia. Kata ayah, Persatuan Ikhlas mendapat jemputan daripadaTun Mahathir untuk menghadiri majlis terbuka ini. Ayah dan rakan-rakan sepersatuan sering bertemu denganTun Mahathir di pejabat rasminya untuk berjumpa dan menyerahkan pelbagai kertas kerja dan memorandum berkenaan penjaja. Tun Mahathir juga merupakan penaung Persatuan Ikhlas Malaysia.
Pada jamuan tersebut, ayah telah memakaikan saya blazer Persatuan Ikhlas, yang membolehkan saya tergolong dalam kelompok Persatuan Ikhlas. Sewaktu sampai di kediamanTun Mahathir, saya terkejut melihat orang ramai beratur hampir 100 meter di tengah panas, semata-mata untuk bersalaman dengan pemimpin yang disegani itu.
Namun, kerana persatuan Ikhlas ini sering mendapat perhatian dan sokongan daripadaTun, dengan mudahnya, Persatuan Ikhlas yang diwakili oleh kira-kira 10 orang termasuk saya, mendapat jalan ‘short cut’ untuk berjumpa terus denganTun Mahathir untuk bertemu dan bersalaman dengan beliau. Meski pun kesempatan yang diberikan sebentar sahaja, namun, ia merupakan satu pengalaman baru buat saya.
Selesai bergambar dan bersalaman, kami pun mengambil tempat dan menjamu selera. Kerana terlalu ramai tetamu yang hadir, kami hanya makan apa yang dapat dicapai. Sayamemilihuntukmerasamee rebus, lemangdan rending daging yang disediakan secara buffet.Kira-kira 10 ribu tetamu hadir untuk bertemu dengan pemimpin yang disanjung itu.
Saya berasa sangat gembira kerana diberi peluang untuk berjumpa dengan Tun Mahathir. saya juga dapat merasai aura kepimpinan yang tinggi dalam diri Tun Mahathir.


saya bergambar bersama ahli-ahli persatuan Ikhlas...


kelibat Tun Mahathir ketika ahli Persatuan Ikhlas bersalaman bersama beliau...




saya bergambar bersama Datuk Mukhriz Tun Mahathir...



ahli Persatuan Ikhlas Malaysia bergambar Bersama Datuk Mukhriz...



sewaktu makan bersama ahli Persatuan Ikhlas... :)

sekian sahaja pengalaman menghadiri majlis jamuan hari raya di rumah terbuka Tun Mahathir Mohamad.. :)

inshaa allah, saya akan update blog tentang program SERU yang saya hadiri di EAGLE RANCH nanti... sekarang ni sedang berblogging di cyber cafe.. tak de feel lagi nak tulis.. hehehe... assalamualaikum.. :)

Sunday, August 18, 2013

ASSALAM DAN HAI SEMUA...

just nak share je dengan semua... saya dan jayasri sudah pun berada di kolej kediaman keempat, UM , sekarang ni.. walaupun ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum masuk sem baru... tapi, kami pulang awal sebab mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak SERU..

program ini ialah program lanjutan daripada pogram lanjutan LEADERONORMICS yang saya cerita dalam post sebelum ni.. tak sabar nak bertolak esok pagi.. program bermula 19 hingga 24 ogos, di EAGLE RANCH, PD...





semoga program yang akan saya sertai ini memberi seribu pengalaman, pengajaran dan ilmu yang berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.... :)

minggu ke 10

assalamualaikum dan hai semua.....

yeay... lebaran menjelma, hati gembira, meraikan lebaran bersama yang tersayang... meskipun gmbira dan teruja, namun, tetap sedih mengenangkan ramadhan yang menghilang. berkesampatan lagikah diri ini merasai ramadhan yang akan datang...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. andai ada salahdan silap, maafkan diri ini, insan yang sering alpa dan khilaf... semoga lebaran kali ini membawa seribu keberkatan dan kegembiraan buat anda sekeluarga.. serta beroleh keredhaan allah.. amin....

lebaran kali ini, seperti 6 tahun lalu, kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman ibu, kerana opah dan datuk sebelah ayah telah meninggal dunia.. kami sekeluarga pulang ke kampung telok bakong, perak..  opah sebelah ibu juga sudah tiada... sedih juga rasanya raya tahun ini kerana mak long ku telah pergi disember lalu.. sedih mengenangkan 5 anaknya beraya sebagai yatim piatu pada tahun ini... inilah namanya takdir yang telah allah tentukan...

lebaran kali ini, ibuku mengambil alih tugas memasak hidangan pada malam raya, menggantikanarwah mak long ku... malam raya tersebut, kami memasak ayam rendang, daging masak hitam, lemang, nasi impit, kuah kacang dan ayam goreng.. penat tidak terkira, namun puas kerana dapat merasai keseronokkan masak pada malam raya..

pagi raya, saya bangun awal.. menggosok 5 pasang baju ahli keluarga yang lain kerana ibu meminta pertolongan saya menggosok baju adik2, ibu dan ayah.. huhuhu... pagi-pagi lagi dah kena dera.... pagi syawal yag pertama, kami memakai baju sedondon tema warna kelabu... seronok rasanya dapat bergaya sedondon dengan ahli keluarga... selesai bersiap, makan, solat sunat hari raya kami bergerak menuju ke rumah saudara mara sebelah ayah...

hari raya kedua pula, anak2 perempuan termasuk ibu kami, 4 orang total semuanya, menggayakan jubah pelbagai warna... nampak grand, gitu... hehehe... yang lelakinya casual je... tapi tetap segak...

dalam gembira, teringat juga pada mereka yang tiada ibu da bapa.. bagaimana agaknya mereka mengharungi liku2 hidup tanpa insan tersayang.. sungguh, syaa bersyukur atas nikmat yang allah berikan ini.. semoga allah memberkati keluarga kami serta memanjangkan umur kami dengan kesihatan yang baik agar kami dapat bersama meraikan hari mulia ini bagi tahun2 akan datang...

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN...





Thursday, August 15, 2013

minggu ke_9

                        

catatan untuk miggu ke 9, 29 julai hingga 3 ogos 2013.....

tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut lebaran... tak sabar rasanya.. namun, baru ku sedar, banyak persiapan yang belum dilakukan... kuih raya, kemas baju, basuh baju baru, kemas rumah, beli berag-barang yang tak complete lagi, macam-macam lagilah...

penat badan tak terkira... tapi, tetap seronnok... bergurau dengan adik2 dan ibu, sambil mengemas rumah.. kuih raya bermacam jenis yang berjaya saya buat.. tak sangka, dalam 3 hari je, 16 balang kuih untuk diberi kepada sanak saudara serta 6 balang besar kuih untuk rumah kami, berjaya saya siapkan.. seorang diri.. kadang2 je ibu tolong, sebab ibu pun tak siap jahit baju lagi..

kuih raya yang berjaya saya buat ialah almond london, biskut badam, biskut arabian, biskut coklat chips, biskut cornflakes, dan agar-agar kristal.. gembira sangat kerana berjaya buat banyak biskut tahun ni dan dapat beri pada makcik2 ku di kampung... :)

sebenarnya, dah 4 tahun ibu berhenti berniaga biskut raya.. sebab, badan dah tak larat nak buat biskut banyak2.. lagipun, tak de sape nak tolong buat kuih, sebab saya dah start masuk matrik, duduk jauh dari rumah...:)

minggu ini, saya belajar banyak benda...
-kesabaran dituntut dalam mengendalika perkara yang mencabar, lebih2 lagi, jika ada di antara ahli kumpulan  yang enggan beri kerjasama dengan bik..
-planning mesti kena buat sebaiknya, jika tidak, kelam kabut di saat-saat akhir...



minggu ke_8



assalam...

pertamanya, maaf kerana gagal menepati janji untuk mengedit blog setiap minggu... tapi,dah terlajak sampai berminggu-minggu.. hal ini disebabkan oleh masalah lappy rosak dan note book adikku ku pula dibawa ke asramanya.... tinggallah daku tanpa sebarang gadjet, tambahan pula, hansetku tinggal di kampung halaman.. sampai sekarang tak dapat tengok hanset tu lagi... so, post kali ni, sebenarnya summary untuk minggu kelapan, iaitu dari 22-28 julai 2013..

okey, pada minggu tersebut, nothing much that i did.. minggu kelapan ni, banyak memerap dekat rumah je... yelah, nak kemas rumah pun awal lagi, nak buat biskut raya pun awal lagi.. 

tapi, minggu ini tak lah kosong sanagt.. sebab minggu ni busy skit discuss denga kawan2 EMPIRE PUMA tentang persembahan kami sewaktu ceremony pada september ni... 

disebabkan excited dengan discussion dan task ni,saya telah offer diri untuk buat lukisan tentang perubahan pelajar sewaktu sebelum dan selepas menyertai RSS... kami bercadang hendak membuat video berbentuk lukisan.. so, lukisan nye  saya dah try lukis.. alhamdulillah, respon daripada kawan-kawan sangat memberangsangkan.. harapnya, semua berjalan lancar..


bercakap tentang persiapan kami menjelang ceremony pada bula september nanti, kumpulan EMPIRE PUMA bercadang untuk:

-memakai blazer.
-memakai button berlogo empire puma.
-memakai shirt tema warna baby blue.
-persembahan video separa animasi...


tak sabar rasanya nak tunggu majlis tersebut berlangsung.. iaitu pada tarikh 4-6 september nanti.. RECOGNNITION OF RSS.... cant wait to gather with the RSS member, coaches, kak elin and abang amirul.... :)