Sunday, August 25, 2013

rumah terbuka Tun Mahathir....

Rumah terbukaTun Mahathir.
18 ogos yang lalu, saya telah mengikuti ayah saya dan rakan-rakannya menghadiri majlis rumah terbukaTun Mahathir Mohamad di kediaman rasminya. Ayah saya merupakan  SetiausahaAgung Pertubuhan Ikhlas Malaysia, iaitu satu persatuan NGO khusus untuk membantu golongan penjaja di Malaysia. Kata ayah, Persatuan Ikhlas mendapat jemputan daripadaTun Mahathir untuk menghadiri majlis terbuka ini. Ayah dan rakan-rakan sepersatuan sering bertemu denganTun Mahathir di pejabat rasminya untuk berjumpa dan menyerahkan pelbagai kertas kerja dan memorandum berkenaan penjaja. Tun Mahathir juga merupakan penaung Persatuan Ikhlas Malaysia.
Pada jamuan tersebut, ayah telah memakaikan saya blazer Persatuan Ikhlas, yang membolehkan saya tergolong dalam kelompok Persatuan Ikhlas. Sewaktu sampai di kediamanTun Mahathir, saya terkejut melihat orang ramai beratur hampir 100 meter di tengah panas, semata-mata untuk bersalaman dengan pemimpin yang disegani itu.
Namun, kerana persatuan Ikhlas ini sering mendapat perhatian dan sokongan daripadaTun, dengan mudahnya, Persatuan Ikhlas yang diwakili oleh kira-kira 10 orang termasuk saya, mendapat jalan ‘short cut’ untuk berjumpa terus denganTun Mahathir untuk bertemu dan bersalaman dengan beliau. Meski pun kesempatan yang diberikan sebentar sahaja, namun, ia merupakan satu pengalaman baru buat saya.
Selesai bergambar dan bersalaman, kami pun mengambil tempat dan menjamu selera. Kerana terlalu ramai tetamu yang hadir, kami hanya makan apa yang dapat dicapai. Sayamemilihuntukmerasamee rebus, lemangdan rending daging yang disediakan secara buffet.Kira-kira 10 ribu tetamu hadir untuk bertemu dengan pemimpin yang disanjung itu.
Saya berasa sangat gembira kerana diberi peluang untuk berjumpa dengan Tun Mahathir. saya juga dapat merasai aura kepimpinan yang tinggi dalam diri Tun Mahathir.


saya bergambar bersama ahli-ahli persatuan Ikhlas...


kelibat Tun Mahathir ketika ahli Persatuan Ikhlas bersalaman bersama beliau...




saya bergambar bersama Datuk Mukhriz Tun Mahathir...



ahli Persatuan Ikhlas Malaysia bergambar Bersama Datuk Mukhriz...



sewaktu makan bersama ahli Persatuan Ikhlas... :)

sekian sahaja pengalaman menghadiri majlis jamuan hari raya di rumah terbuka Tun Mahathir Mohamad.. :)

inshaa allah, saya akan update blog tentang program SERU yang saya hadiri di EAGLE RANCH nanti... sekarang ni sedang berblogging di cyber cafe.. tak de feel lagi nak tulis.. hehehe... assalamualaikum.. :)

No comments:

Post a Comment