yeay.. sudah selamat pulang ke rumah setelah beberapa hari merantau ke negeri orang.. hehehehe... ke negeri orang lah sangat.. pergi Negeri Sembilan aje pun.. rentetan saya telah join program anjuran SERU dan leaderonormic selama seminggu pada bulan Julai 2013 yang lalu, maka, saya telah bertekad untuk menyertai program tersebut untuk siri kedua selama 6 hari di EAGLE RANCH RESORT, PD. program tersebut dinamakan sebagai CAREER ENHANCEMENT anjuran SERU dengan kerjasama LEADERONORMICS company.... excited sangat sebab dapat jumpa dengan kak nadia radhuan, a.k.a project manager kami untuk siri satu yang lalu. she's such an energetic person... seperti biasa juga, peer coach saya, JAYASRI RAVENDRAN turut menyertai program ini.. ambassador SERU lah katakan... hehehehe...

selesai ice breaking, fasilitatorr kami memulakan sesi seminar kami yang pertama. tajuk seminar tersebut ialah WORKING IN TEAM..
element dalam seminar ini ialah:
-stages of team development.
- forming
- storming
- normalizing
- performing
- is an attitude that seeks to find solution that may give benefits to both parties
- action plan: establish win-win mindset, desired of their and our outcome, brainstorm, decision.,...
- always develop trust
- focus on the big picture
- think win-win
- humble and sincere
- willing to gain knowledge and work with others
- create synergy
- seek to work out issues or challenges instead of personal perferences...
game berikutnya ialah TRADING GAME. dalam game ini, empat kumpulan perlu menyelesaikan misi rahsia denga cara menjual ataupun membeli barangan rahsia dari kumpulan lain. dalam permainan ini, kerjasama dan komunikasi antara kumpulan sangat penting dalam menyelesaikan misi. hal ini kerana, kegagalan satu kumpulan akan menyebabkan kesemua kumpulan gagal dalam permainan ini... dan memang kami semua kalah dalam game ni.. hehehe.... :)
dan yang paling ditunggu-tunggu tapi takut ialah aktiviti FIRE EATING... kami dipaksa untuk menelan api yang marak pada satu batang kayu.. aktiviti ini benar-benar menguji keberanian, confident dan semangat daripada ahli kumpulan yang lain... yeah... I did it..!! puas sanagt bila dapat makan api tu.. rasa macam tak ada halangan yang boleh menghalang diri saya daripada untuk melakukan sesuatu yang saya ingini.. sedangkan api pun dah boleh makan, apa lagi yang perlu ditakuti untuk melakukan perkara yang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain..
petang itu, kami dibawa masuk ke bilik masing-masing... wow..... syok giller.. bilik ala-ala cowboy dengan katil dan langsir corak kulit lembu, manakala binding dan perabot diperbuat dari kayu solid... macam rumah kampung pun ada.. bilik kami, BANDWAGON 29.. NADWA and JAYASRI.. dari luar, bilik kami berbentuk kereta lembu dengan roda gergasi.. so fun and felt grateful to have such a great experience here... itulah cerita kami pada hari pertama...


bilik kami... comel macam kami jugak... :)
No comments:
Post a Comment