Sunday, July 28, 2013

10 malam ramadhan terakhir

assalamualaikum...

alhamdulillah,  pejam celik-pejam celiksudah masuk sepuluh terakhir Ramadhan. gembira dan sangat bersemangat untuk menjalani ibadah puasa. harapnya, ibadah yang dilakukan akan diterima Allah, serta mendapat keberkatan.

minggu ini, tak banyak aktiviti yang saya lakukan. hanya duduk di rumah, menonton televisyen. tapi, ceritanya tak seronok pun.. terpaksa tengok cerita Wonderpet sampailah cerita Upin Ipin mulai dari jam 2.00 sampai pukul 7.00 petang. nak bukak internet pun malas, sebab notebook ni dah meragam.. lambat je loading nyer..
tapi, asyik keluar masuk rumah dengan ibu, sebab kami memang suka pergi window shopping.. alaaaa... window shopping, servey2 je.. bukannya beli terus pun.. bila berkenan dan konfem sukaaaa gillleeerrrr, baru beli.. so, memang kami punya belanja ni masih dalam kawalan dan tak lari budget.. sebab tu, saya memang suka jalan dengan ibu, sebab ibu ni memang agak peka bab2 fesyen..

cerita pasal baju raya, memang comel2 la adik-adikku bila time raya ni.. tak sabar nak raya jugaklah sebenarnya ni.. sebab nak jumpa mak cik-mak cik dan saudara kat kampung.. ok.. enough2... sepatutnya fokus pada 10 malam ramadhan terakhir yang penuh barakah..



apa yang ada dalam 10 malam ramadhan terakir? okay, di sini saya ada menggoogle manfaat 10 ramadhan terakhhir...


  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
    “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

    “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

    Bilakah Lailatul Qadar?

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”
  • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

    Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

    Syarat sah iktikaf: 

    Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

    Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.


    Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

    Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

    Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

    Perkara yang membatalkan iktikaf: 
  • Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.
  • Murtad.
  • Hilang akal kerana gila atau mabuk.
  • Datang haid atau nifas.
  • Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

    Perkara yang sunat dilakukan.
  • Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
  • Perkara yang harus dilakukan.
  • Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.
  • Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

    Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Friday, July 19, 2013

    penawar

    assalam...

    petang tadi baru tengok AL KULLIYYAH kat TV3.. ustaz penceramah (terlupa nama pulak..) menyampaikan ceramah bertajuk MENGENALI DIRI...

    menariknya, pengisian tajuk tersebut ialah tentang cerita nabi ayyub yang ditimpa penyakit yang sangat berat, namun tetap bersabar dan taat perintah ALLAH. ustaz tersebut telah berkongsi satu doa yang dibaca sewaktu memohon kesembuhan kepada allah, tetapi diselit dengan pujian kepada allah.. doa ini sangat berguna untuk diamalkan untuk kesembuhan daripada penyakit...

    Juzuk : 17Surah : AL-ANBIYAA'No. Surah 21Ayat : 83
    Profil Surah : RqrMainM new
    Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
    Tafsiran Ar-Rahman
    Kaligrafi
    Surah
    Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
       
     
    Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
    Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
    And (remember) Job, when He cried to his Lord, "Truly distress has seized me, but Thou art the Most Merciful of those that are merciful."

    seterunya, surah al fatihah juga merupakan penawar yang berkesan dalam merawat penyakit fizikal. hatta, al fatihah digelar sebagai penawar. sekiranya dibaca dengan penuh khusyu' dan ikhla, maka kita akan mendapat syafaatnya. 

    ayat yang dikatakan mempunyai penawar ialah pada ayat ke lima, sewaktu membacanya, niatkan kesembuhan terhadap penyakit , dengan izin ALLAH, akan sembuh penyakit fizikal yang dihidapi...


    inshaa allah, pada minggu hadapan, ustaz yang sama akan berbicara tentang penyakit rohani pula.. tak sabar untuk menyaksikan episod minggu hadapan... :)

    cerita minggu ini

    BISMILLAH... ASSALAM...

    alhamdulillah... ramadhan tiba lagi.. sedar tak sedar, sudah 10 hari berpuasa.. diri ini cuba dekat kepada-NYA. alhamdulillah, tahun ini dapat pergi tarawikh bersama ibu dan adik, tak seperti taun lepas, tak dapat tarawikh bersama...

    tapi, disebabkan mak kechikku yang malas dan berserabut kepala dengan tugasan mengajarnya, terpaksalah diri ini menyiapkan kesemua assignment nya.. ya Allah.. banyak pula tu, masa pulak cuma seminggu, pukul 5 ptg tadi baru emel last assignment yang dah siap dkat mak kechik.. tapi tak pe, raya nanti dapat bonus. sebenarnya mak kechik kene sambung degree in education, tapi dia dah jadi cikgu dengan diploma je.. so, keje buat assignment tu memang keje den lerrr... tapi tak kisah pun, upahnye lumayan.. sem lepas, mak kechik belikan gelang emas, upah buat assignment dia.. lumayan kan.... hehehe... tak sabar nak tunggu raya.. tapi teruk juga la dibuatnye, sebab kene study education subjek pulak la time cuti ni...

    punya lah sibuknya kat rumah, sampai nak call mak angkat kat pun lupa.. ingat nak call esok.. sudah rindu dengan mereka. ingat nak merasa berbuka dengan mak, ayah, abang dan kakak, tapi tak kot rasanya.. sebab maz mesti tak mau pegi, ayah dia kan baru je meninggal dunia.. tak sampai hati dia nak tinggalkan mak dia...

    hahaaha... cerita pasal cuti, result saya dah keluar... jeng, jeng, jeng... nak share lah dekat sini.. happy giller.. walaupun tersasar sikit dari plan asal, tapi, saya antara pointer yang tertinggi kat department untuk sem ni.. waaaahhhh... tak sangka...

         

    Show  entries
    Search: 
    No
    Course Code
    description
    Credit
    Grade
    Grade Point
    1GTEE1110WRITING SKILLS IN ENGLISH3B-8.1
    2GXEX1401INFORMATION SKILLS COURSE1S0
    3GXEX1411ETHNIC RELATIONSHIP2A-7.4
    4GXEX1414ISLAMIC AND ASIAN CIVILIZATION2A8
    5SGES1274BASIC MINERALOGY4A16
    6SHES1203POPULATION BIOLOGY2A8
    7SXEX1104GEOSTATICS3A-11.1
    Showing 1 to 7 of 7 entries
    FirstPrevious1NextLast

    Result
    Result:
    GPA:3.88
    CGPA:3.56
    sangatlah gembira dengan keputusan ini.. semua berkat usaha, dorongan, doa dan semangat dari keluarga, para pensyarah yang sporting dan rakan-rakan.. tak lupa jugak, program RSS yang sememangnya banyak membantu, lebih-lebih lagi dalam luahan perasaan dan support dari coaches dan kawan2 coachee yang lain.. tak lupa juga kepada kak elin dan abang amirul yang banyak beri tips dan goal setting yang membantu untuk menaikkan semangat.. thanks alot.. :)
    apa-apa pun, semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan keampunan dari ALLAH. amin... 

    Wednesday, July 3, 2013

    leaderonomic... day 5

    ASSALAMUALAIKUM....

    hari kelima menyertai LEADERONOMIC program..
    semakin rancak program hari ini, melibatkan modul PRESENTATION SKILLS yang dikendalikan oleh Mrs. Shanthi Subramaniam..

    beliau seorang trainer yang sangat berpengalaman dan bersemangat sepanjang program berlangsung..
    program hari ini banyak hands on, iaitu, praktikal sambil penerangan diberikan.. cara beliau sememangnya sangat menarik dan mudah untuk kami melihat impaknya dalam pada masa yang sama..

    pada mulanya, kami diminta present secara individu dalam kumpulan tentang sesuatu topik secara impromtu...

    kemudian bermulalah sesi ceramah bersama beliau..
    kesalahan dan kekurangan dalam presentation kami diperbetulkan oleh beliau. 
    antara skills yang diajar:
    1. do's and don'ts as participant
    2. appearance in presentation
    3. body language
    4. preparation before presentation
    5. requirement of good presentation
    akhir sekali, kami perlu melakukan public speaking in english di dalam kelas.. hasilnya, hampir kesemua peserta mampu memperbaiki kesilapan mereka, dan lebih nampak lebih berkeyakinan.. 

    lebih menarik, setiap pelajar akan menulis komen di dalam kertas kepada setiap pelajar yang melakukan presentation.. 

    komen2 tersebut akan disimpan oleh pelajar itu sendiri, agar pelajar boleh mendapat feedback dan memperbetulkan kekurangan diri..

    komen yang saya peroleh pula ialah:
    • terlalu banyak repition of word "ACTUALLY"
    • has gesture but lack of movement. 
    • rigid posture
    • but has good eye contact
    • has good confident
    • has good topic and can control audience..
    hehehe... alot more to improve, but happy sebab basic to do better tu dah dipelajari tadi..
    tak sabar nak masuk kelas untuk esok hari pula.... :)

    Tuesday, July 2, 2013

    leaderonomics...day 4

    ASSALAMUALAIKUM

    Good day… hari ni sudah masuk empat hari saya, Jayasri dan rakan-rakan baru menghadiri program anjuran SERU iaitu LEADERONOMIC program… modul hari ini dihadiri oleh Mr. Vinesh dan modul ini diberi nama PERSONAL ETIQUETTE…

    Modul ini telah membuka mata kami ke satu dunia baru iaitu dunia business. Apa kaitannya? Business ni bukanlah satu perniagaan sahaja, tapi meliputi semua aktiviti harian dan dalam organisasi.
    Apa itu etiquette? It is a CODE OF BEHAVIOUR AND HOW WE ACT IN DIFFERENT SITUATION….

    Etiket ini penting kerana ia lambang bahawa seseorang itu bertindak professional dalam keadaan yang berbeza serta akan mendapat first impression yang bagus…

    IMPRESSION AND PERCEPTION? Biasanya ia merujuk kepada cara kita membawa diri kita melalui penampilan dan cara kerja. Penampilan memerlukan deria penglihatan, bau, pendengaran, sentuhan dan rasa. So, penampilan kita mestilah ikut etika dalam sesuatu situasi agar mendapat impression dan perception yang baik.

     EMAIL ETIQUETTE? Satu bentuk komunikasi penting, serta melangkaui sempadan masa dan jarak. Jadi, etika penulisan emel perlu diambil kira untuk mengelakkan salah sangka, mesej tidak difahami serta penganiayaan.. kami ada melakukan aktiviti iaitu seperti latihan menulis email dengan betul agar mesej dan kandungan emel tersebut mencapai objektif  asal..

    The PIE model? Stand for PERFORMANCE, IMAGE, EXPOSE.. element2 ini diperlukan bagi seseorang untuk mencapai kejayaan lebih-lebih lagi dalam satu organisasi social. Hal ini kerana, semua orang sedang berebut dan mempunyai peluang yang sama untuk menyerlah. So, kita perlu jadi orang yang lebih menyerlah dengan mengetahui element apakah yang perlu ada dan diambil kira untuk Berjaya.

    COMPETENCIES? Is the KNOWLEDGE, SKILLS, EXPERIENCE, BEHAVIOUR that distinguish performance. Orang yang mempunyai competencies yang tinggi akan maju kehadapan dan lebih menyerlah dari orang lain kerana dia akan terus menimba ilmu dan bersaing dengan orang lain..

    PRESENCE AND REPUTATION? Is an image of confidence, competence and credibility…  depend on PERSONAL branding, which mean, we are a TOTAL PACKAGE…

    Modul hari ini sangat menarik dan penting dalam aspek pembangunan diri dan melahirkan rasa pentingnya memahami etika dalam situasi yang berbeza..terima kasih Mr. Vishnu di atas ceramah dan motivasi yang sangat berguna.


    IF YOU WANT TO BE AN EAGLE, DON’T HANG AROUND WITH TURKEYS    

    Monday, July 1, 2013

    leaderonomics...day 3

    ASSALAM...

    the third day.... WAAAHHHHH.... fantastic...!! hari ni memang kaw-kaw best.. modul hari ini adalah INTERPERSONAL SKILLS... apa tu...? interpersonal skills adalh cara bagaimana kita communicate dengan seseorang agar komunikasi itu berkesan, sebab setiap orang ada berlainan kefahaman tentang apa yang orang lain cuba sampaikan....

    modul ini dikendalikan oleh MRS SHILA CHANDARAN... beliau mempunyai aura yang sangat kuat dan sangat bersemangat serta cara penyampaian beliau sangat menarik...

    berikut adalah sebahagian inti pati modul ini:


    2 WAYS OF COMMUNICATION:

    • VERBAL: talking, writing and listening.. easy and simple
    • NON VERBAL: using body language, usually related to how we respond to something.. it cannot lie..


    body language can be catagorise into:

    • eye contact  
    • smile
    • tone of voice
    • handshake
    • facial expression
    • arms and hand / gesture
                                         
     

    body language can tell us whether we are lying or not...body language talks a lot!! it is very useful to know the techniques, so we can apply during inteview session and while communicate with people from different levels.  there are afew tips to improve our NONVERBAL SKILLS:
    1. maintain eye contact
    2. use posture to show interest
    3. associate with people from different culture
    4. observe yourself on videotape
    5. enlist friend and family
    6. improve your decoding skills
    TYPE OF LISTENING:
    • ignore
    • pretend
    • selective
    • attentive
    • empathic

    another lessons are hearing vs listening.. we need to practice listening, not hearing, because listening need us to hear the sound, understanding and judging it... it will lead to a situation call effective listening, and we can communicate well... we need to became an ACTIVE LISTENER, so people will respect us...

    PRESENTATION SKILLS

    It is one of the importance skill to present ourself and the project work. for a good presentation, we must:
    • prepare the presentation: the slide show, teamwork and flipchart can be used
    • prepare mindset: pep-talk, manage nerves,build confidence, be enthusiastic
    • learn from feedback: evaluate presentation, learn from mistake, answer question
    • practice: to be more prepared and know the flow of presentation