Thursday, August 14, 2014

boikot...?


Assalamualaikum..

Sekarang ini isu boikot menjadi bualan masyarakat, khususnya selepas keganasan rejim zionis yang melakukan kekejaman dan mencabul hak asasi umat islam di Gaza, palestin. Melalui poster di bawah, kits dapat mengetahui jenama barangan yang berkaitan dengan Israel Dan sekutunya...

Namun, dalam sibuk memboikot, adab Dan tatatertib sesama manusia juga harus dijaga.

Berikut adalah nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya.

Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.

1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.

2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.

3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.

4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.

5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.

6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.

## Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna###

Selain itu,elok juga kita merenung dan memahami dengan lebih mendalam tentang isu di bawah ini.....

ISU BOIKOT : "CARA HIDUP YAHUDI VS PRODUK YAHUDI "

Sama-sama kita hayati:

Soalan: yang mana lebih utama,boikot cara hidup yahudi atau boikot produk yahudi?

Jawab: dua-dua afdal..

Soalan: tapi yang mana lebih utama?

Jawab: boikot cara hidup mereka...

Soalan: kenapa?

Jawab: seluruh kehidupan Nabi S.A.W memboikot kehidupan yahudi dan nasrani,kalau Nabi S.A.W nampak yahudi pakai kopiah,Nabi S.A.W arahkan para sahabat pakai serban,Nabi S.A.W nampak orang arab jahiliah pakai jubah meleret,Nabi S.A.W arahkan para sahabat potong jubah dan seluar mereka hingga terdedah buku lali,Nabi S.A.W dpt tahu yahudi puasa 10 muharam,Nabi S.A.W arahkan para sahabat puasa 9 dan 10 muharam,dan banyak lagi pemboikotan Nabi S.A.W terhadap cara hidup yahudi nasrani.

Soalan: tapi kenapa zaman sekarang orang sibuk nak boikot produk yahudi je tapi kehidupan mereka tak ubah/sama seperti yahudi?

Jawab: itu salah faham agama yang besar sebab Nabi S.A.W dulu tak boikot produk yahudi bahkan banyak hadis menceritakan Nabi S.A.W dan sahabat bermuamalah dengan yahudi nasrani...tapi zaman sekarang kita boikot produk yahudi JUGAK kerana kebencian kita terhadap kezaliman mereka membunuh saudara kita,bahkan juga kerana tidak mahu menyumbang wang kepada mereka untuk beli senjata dan bunuh saudara kita tapi boikot produk tanpa boikot cara hidup mereka ialah khilaf sunnah Nabi S.A.W yang besar.

Soalan: jadi apa patut kami buat?

Jawab: buatlah dua2,tapi yang lebih penting dan yang lebih diutamakan baginda Nabi S.A.W ialah memboikot cara hidup yahudi nasrani....pahala memboikot cara hidup yahudi insyaallah lebih besar kerana ia perjuangan Nabi S.A.W dari mula hidup sampai wafat berbanding boikot produk mereka yang kita tahu secara logiknya nampak memberi kesan tapi sebenarnya mereka sudah bersedia untuk hadapi pemboikotan seluruh dunia,dalam masa yang sama yahudi sangat gerun jika umat islam kembali kepada Allah,penuhkan masjid,hidupkan malam dengan nama Allah,hidupkan amalan sunnah,menjaga aurat,menjaga pergaulan lelaki perempuan dan yahudi tidak dapat bertahan jika itu yang DISIBUKKAN OLEH UMAT ISLAM SEDUNIA..baca qunut nazilah yang diajar Nabi S.A.W ketika dapat khabar berita penderitaan saudara islam yang jauh lebih berganda2 dapat menarik nusratullah (pertolongan Allah) kerana ia diajar Nabi S.A.W...tapi apa2 pun,semua usaha yang baik itu baik dan kita jangan tinggalkan kebaikan,cuma kita UTAMAKAN yang Nabi S.A.W ajar dulu kerana Nabi S.A.W itu imam kita...

‪#‎TAHU_FAHAM_AMAL‬#

Terima kasih kerana sudi membaca entry saya pada kali ini... Saya cuma copy and paste sahaja daripada mesej whatsapp yang saya terima... Semoga kita semua dapat memahami isu boikot ini dengan lebih baik..

kenduri dan exam... mana satu...?

Week two....

 Cerita saya berkisar minggu peperiksaan dan kenduri Sepupu yang masih sempat dikunjungi walaupun dah nak exam...

Ini bingkisannya...


Sepupu saya adalah di pihak lelaki iaitu di Perak manakala majlis pihak perempuan berlangsung di Jelebu. Tahniah buat sepupuku, Abang Hafiz Dan Kak Afasha... ;)








Wednesday, August 13, 2014

study week sem4

Assalamualaikum....


Sudah lama sangat tidak mencuri maaa untuk menulis... Alhamdulillah, saat ini saya sudah menamatkan tahun dua pengajian saya dan sedang bercuti semester....

Bermula 1 jun lepas, sepatutnya saya telah meng-update pelbagai informasi dan catatan yang sepatutnya sudah memasuki 9 minggu.. Yup... Ianya sebagai salah satu homework SERU yang dinamakan sebagai My 12 week Journey....

Sebagai inisiatif yang lebih mudah, saya hanya capture my diary and post it here... Sebab dah banyak sangat dan sudah berminggu bertangguh...

My first week of journey....


Cerita pasal study week ni memang ada macam- macam cerita... Paling best, tiga hari tak jejak tanah keluar dari bilik sebab study punya cerita... Makan maggi dengan air je jawabnye... Tidur kurang pula adalah lumrah...

BUT THIS MAKE ME REALIZE...

Bersusah-susah dahulu... Bersenang-senang kemudian.... ;)





Thursday, March 13, 2014

RSS meeting

COACHING SESSION WITH ABANG AMIRUL..

assalamualaikum.....

sambungan sesi REAL SAHABAT SERU 2014, SESI 3... sebelum nak coach orang, kenalah menjalani sesi pra-coaching dulu.. sesi ini dilakukan sendiri olah abang amirul.. 13 orang coach telah datang pada malam itu, 12/3/2014...

bersemangat betul rasenya nak jadi coach ni.. ehhehehe... tapi banyak cabarannya.. diri sendiri nak kene ubah jugak..., secara rasminya, saya kini merupakan coach kepada Farah Assofiya, Nur Zhafira dan Syahirah.. yang lain2 tu mungkin ada masalah sikit dengan rutin di universiti, so, tak dapat nak join kami berempat.. but its okey.. KUALITI lebih penting daripada KUANTITI..

apa saya belajar semalam..?

goal setting:
 set balik untuk grade First Class 2014.. so, sem ni pun kena dapat dekan jugak,... pastu nak capai tahap SUPERVISOR secepat mungkin, bisness dapat berkembang maju n dapat bantu lebih ramai orang... :)

halangan:
eat the frog.. so, you will grow and become better... jangan biarkan halangan menghalang mencapai mimpi..
mesti bina bonding yang baik dengan coachees... supaya sesi coaching jadi menyeronokkan... :)

tips extra dari abang amirul:
  • planner mesti ada column panduan rutin harian..
  • be punctual
  • be ready n advance dari orang lain..

selepas sesi berakhir sekitar jam 10 mlm, kami berkesempatan keluar makan bersama... makan di foodcourt lewat malam, bawah siaran bulan.. hehehe,,, macam comell je..

yang ada sekali join makan2 ni ialah jay, faizal, ada, shima dan yani.. best sangat, borak sampai tak nak balik... dah lama tak jumpa n borak sama2.. in shaa allah, lapas ni akan selalu keluar bersama n eratkan bonding yang ada... :)

Cuti sem Hangus...

FIELDWORK GEOLOGY YANG OHSEMM...

assalamualaikum n hi....

sudah masuk sem 4, mulalah cabaran dan cobaan bergelar mahasiswi sepanjang belajar di Universiti malaya ni haaa....

tak cukup rehat tu jangan cakap le.. mane tak nye, sebulan cuti, tinggal seminggu je.. tu pun sebab jatuh pada raya cina.. budak2 geologi thn dua kene pergi fieldwork... best sangat2... excited sangat.. tiga minggu fieldwork memang tak puas..
minggu pertama, structural geologi.. pergi area mersing di johor, tepi pantai.. n pergi.. area pahang.. dapat tengok n pergi area bentung raub suture taw.... seronok giller... tengok batu, melukis tepi pantai n muke pun hitam.. tu memang wajiblah...

minggu kedua, cuti raya cina... so, duduk di rumah, mengenangkan muka yang hitam... alorrhhh.. sentap pulak rase... hehehe..

then, minggu tiga, pergi sedimentary fieldwork.. mmg best tapi sangat mencabar.. just imagine, nak kene lukis sediment outcrop dari pagi sampai petang, atas cerun bukit yang sangat rapuh batunya, tengah panas, suhu mencecah 41 degree celcius.. waaahhhhh... just imagine, batu yang dipegang pun panas, tapak kasut safety but tu rase macam dah cair... pakai seluar jeans warna gelap, mmg rase macam peha kena panggang bila duduk... tapi, pengalaman ni sangat best n bermakna, apa lagi kalau dapat buat logging dengan tersangat baik..., penting taw.. lecturer tengok n perhatikan student taw, untuk bagi markah... lagi satu, untuk subjek fieldwork ni LAPAN kredit hour taw.. owhwwhhhh... just imagine, kalau dapat A- pun, dah terduduk jatuh pointer jadinyer... scarryyy..
                                      
                             

minggu keempat cuti sem, kami pergi economic fieldwork... ni paling ooohhhseemmmmm... sape pernah dapat masuk lombong emas, tempat proses emas..??? kami dapat pergi dua lombong emas, Penjom dan Selinsing Gold Mine.,.. best, dapat tengok pemprosesan emas n merasa sendiri tengok lombong emas, yang kedalaman mencecah 600 meter kebawah.. boleh bayangkanlah suhunya... tapi kat lombong tak boleh ambil gambar.. kami jugak pergi Menggapur, tempat perlombongan mineral berasaskan skarn deposit.. magnetite, chalcopyrite semua tu lah.

                      




semalam baru balik dari fieldtrip, esok terus pergi kelas.. tapi seronok bila dapat berkumpul dengan kawan2.. bonding pun semakin erat.... sweeettt gitu.. hehehee...


sebahagian dari kami yang chillax...

hehee.. da pergi jalan, report pun kena buat jugak... untunglah.. masuk first week dah ada 3 report menanti.. memang sem yang paling bahagia. hehehe..

tak lupa, ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan buat pensyarah2 kami yang sporting n sempoi, baik pulak tu.. hotel kami, transport dan kebajikan semua terjaga... prihatin betul pensyarah kitorang ni.. tq sangat2 kepada Dr Jasmi, Dr Azman, Dr Wan Fuad, Dr Iskandar, Dr Masatoshi n Dr Ng Tam Fat... jasamu sangat kami kenang.. tak lupa juga kpd staff geologi yang membantu proses fieldwork kami berjalan lancar...

APA CERITA_sem 3

assalamualaikum...

sekian lama sudah tidak menulis... too bad... tertinggal banyak perkara untuk disimpan dan diabadikan dalam blog ni... seperti biasa lah, kemalasan melanda... cengkaman maut kemalasan dan bisikan halus yang memanggilku agar bertangguh untuk menaip walaupun satu entry sepanjang sem 2 ni... teruknyer.... no entry sepanjang sem 2 ni.. tak tau lah kenapa, tapi terus terang, saya memang tak minat nak edit, bukak, selongkar or explore benda2 siber ni... in fact, emel pun jaraaaannngggg sangat bukak... so, azam, mulai sekarang mesti edit blog seminggu sekali... jadikan diri lebih amanah dan berdisiplin... ini challenge untuk diri sendiri.... take note... huhuhu...

dah lama tak jumpa coachees JAGUAR KINGDOM yang disayangi.. walaupun jarang jumpa, tapi disebabkan tittle coach yang diberi, terasa diri ni bajet macam akak2 la pulak.. huhu... rasa care and sangat dihargai bila dorang semua sporting dan boleh bagi komitmen penuh sepanjang menyertai program REAL SAHABAT SERU ni... sepuluh orang semua nya.. 9 perempuan, sorang lelaki... sangat sporting dan nampak macam dorang lagi matured.. huhuhu... saya berpartner dengan Edwin, sebagai coach untuk group jaguar kingdom ni...

10 orang coachees kami ialah Hidayah, Wan, Syahirah, Fira, Sofea, Jhia Yee, Hanim, Farah, Syazwan dan Aishah. mereka memberikan komitment yang sangat baik sepanjang program berlangsung.. sangat gembira dapat bertemu dan sepasukan dengan dorang ni...!!


ahli jaguar kingdom duduk barisan depan sekali taw.... :)


  
gambar ketika sedang beraktiviti dalam kumpulan... :)

sepanjang semester 2 ini, pelbagai pengalaman yang telah ditimba bersama rakan-rakan... antara peristiwa manis yang telah saya lalui ialah ketika memenangi pingat emas dalam SUKMUM acara tarik tali wanita, mewakili kolej kediaman kelima.  setelah hampir sebulan lebih berhempas pulas berlatih bersama rakan sepasukan, berbaloi rasanya dapat menebus kembali kekecewaan tahun lepas yang hanya berjaya mendapat pingat perak. alhamdulillah, team tarik tali lelaki juga memenangi pingat emas... yeah!!! kolej kediaman kelima juga menjadi johan SUKMUM buat kali yang ke-21... tahniah kolej kelima...  yuhuuuu....


ready nak tarik tali.....!! bersedialah pihak lawan....

  
Gambar: Alhamdullilah!team TARIK TALI WANITA DAN LELAKI JUARA SUKMUM!!2 EMAS UNTUK KOLEJ 5! syukur Ya Allah.kenangan manis tok kami semua. terima kasih kepada yang tak henti menyokong TUG O' WAR KOLEJ 5!! ^.^ bak kate coach " BANGGA DENGAN BERAT BADAN SENDIRI! .jadi WANITA dan LELAKI sebenar" *kenangan terindah final year *Ya Hayyu Ya Qayyum :)
yey... kejuaraan milik kami... jumpa lagi tahun hadapan... :)

banyak lagi aktiviti yang dah join waktu sem 3 ni... sebenarnya sekarang da start buat bisness... kecil2 dulu.. memang selalunya, hujung minggu keluar, urusan bisness la konon.. but the best is, my study.. memang tak pernah ponteng kelas, kerja sentiasa siap on time, nota ringkas pun buat... that is my secret.. even, esok exam pukul 8 pagi esok, saya still boleh keluar 2 hari berturut2, pergi atas urusan bisness, sampai um pukul 10 malam n still buat study group ngan kawan smpai pkul 2 pg... just yang penting, usaha n tekad tu ada.. sapa kata buat bisness time belajar sangat mengganggu.. prove it.. yeeayyy...!!

and bila result kaluar, it still better n best.. even a bit frustated compared to yang dulu.. i got 3.59... ok kan...? tersasar dari DL, tapi, CGPA naik..but bersyukur dengan apa yang ada.. kawan2 pulak buat ayat touching, suruh compare result dorang with mine... alorrhhh... tak beza sangat pun, but, diorang mmg pandai amek hati.. so nice lah budak2 geologi aka kawan2 saya lah... inshaa allah, kita semua kena kuat sikit lagi usaha, sem ni boleh DL, naik CGPA lagi, n grade as first class sama2... amin...  ;)

Sunday, September 29, 2013

assalamualaikum....

lama nya tak update blog.. dek kerana kesuntukan masa dan busy dengan preparation untuk semester 3, blog ni dah lebih kurang 3 minggu tak dijenguk.. kesian blog ni... :(

ok lah.. just wanna share my owesome and great experience during recognition of Real Sahabat SERU on 4th to 6th September 2013.. its such a great experience in my life... together with my RSS coches and coachees, we were performing our cheers and and promoting RSS SERU program to our juniors.. seronok sangat berpeluang berdiri di atas stage di hadapan 2500 pelajar baru.. pengalaman ini sememangnya tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.. tak semua orang berpeluang merasai pengalaman yang saya rasai ini..

namun, saya berasa sedikit kecewa kerana tidak berpeluang untuk bercakap di hadapan pentas.. tapi, saya sangat gembira kerana kumpulan kami, EMPIRE PUMA telah dinobatkan sebagai kumpulan terbaik pada hari tersebut.. tahniah juga kepada jayasri, kak atiqah, faizal, aziela dan semua ahli empire puma kerana kita telah berjaya menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik..

oleh itu, program UPGRADE YOURSELF TRAINING (UYT) akan diadakan pada 5 oktober ini sebagai permulaan kepada pelajar junior untuk menyertai RSS.. junior2 sekalian... anda sangat digalakkan untuk menyertai program yang sangat berguna ini untuk memajukan diri anda dalam banyak segi.. seriously... saya telah merasai kesan poitif hasil menyertai program ini...

terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada kak elin dan abang amirul kerana telah bersusah payah membimbing dan mengajar kemi pelbagai perkara tentang hidup ini.. mohon dihalalkan segala ilmu yang telah diberikan dan maafkan segala kesalahan kami sepanjang kami menyertai program RSS ini..

tak sabar rasanya nak jadi peer coach pulak.. hehehe... ter-excited sebab seronok tengok kak atikah, abang ariff dan kak inia jadi coaches kami.. inspired gitu.. hehehe..

ok.. here are some of the candid photos.. enjoys...






















yeayyy... tak sabar nak tunggu 5 oktober ni.. gather with them again... miss u all sooo muchh.. :)