Friday, July 19, 2013

penawar

assalam...

petang tadi baru tengok AL KULLIYYAH kat TV3.. ustaz penceramah (terlupa nama pulak..) menyampaikan ceramah bertajuk MENGENALI DIRI...

menariknya, pengisian tajuk tersebut ialah tentang cerita nabi ayyub yang ditimpa penyakit yang sangat berat, namun tetap bersabar dan taat perintah ALLAH. ustaz tersebut telah berkongsi satu doa yang dibaca sewaktu memohon kesembuhan kepada allah, tetapi diselit dengan pujian kepada allah.. doa ini sangat berguna untuk diamalkan untuk kesembuhan daripada penyakit...

Juzuk : 17Surah : AL-ANBIYAA'No. Surah 21Ayat : 83
Profil Surah : RqrMainM new
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi
Surah
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
   
 
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
And (remember) Job, when He cried to his Lord, "Truly distress has seized me, but Thou art the Most Merciful of those that are merciful."

seterunya, surah al fatihah juga merupakan penawar yang berkesan dalam merawat penyakit fizikal. hatta, al fatihah digelar sebagai penawar. sekiranya dibaca dengan penuh khusyu' dan ikhla, maka kita akan mendapat syafaatnya. 

ayat yang dikatakan mempunyai penawar ialah pada ayat ke lima, sewaktu membacanya, niatkan kesembuhan terhadap penyakit , dengan izin ALLAH, akan sembuh penyakit fizikal yang dihidapi...


inshaa allah, pada minggu hadapan, ustaz yang sama akan berbicara tentang penyakit rohani pula.. tak sabar untuk menyaksikan episod minggu hadapan... :)

2 comments:

  1. Salam Ramadan, alhamdulillah & terima kasih di atas perkongsian anda. InsyaAllah boleh diamalkan. Well done on your blog!

    Please continue to share & we will see you soon in September. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq abang amirul.. tak sabar untuk join program RSS september ni.. thanks fot your support.. i really appreciate it.. :)

      Delete