assalamualaikum dan hai semua.....
yeay... lebaran menjelma, hati gembira, meraikan lebaran bersama yang tersayang... meskipun gmbira dan teruja, namun, tetap sedih mengenangkan ramadhan yang menghilang. berkesampatan lagikah diri ini merasai ramadhan yang akan datang...
selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. andai ada salahdan silap, maafkan diri ini, insan yang sering alpa dan khilaf... semoga lebaran kali ini membawa seribu keberkatan dan kegembiraan buat anda sekeluarga.. serta beroleh keredhaan allah.. amin....
lebaran kali ini, seperti 6 tahun lalu, kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman ibu, kerana opah dan datuk sebelah ayah telah meninggal dunia.. kami sekeluarga pulang ke kampung telok bakong, perak.. opah sebelah ibu juga sudah tiada... sedih juga rasanya raya tahun ini kerana mak long ku telah pergi disember lalu.. sedih mengenangkan 5 anaknya beraya sebagai yatim piatu pada tahun ini... inilah namanya takdir yang telah allah tentukan...
lebaran kali ini, ibuku mengambil alih tugas memasak hidangan pada malam raya, menggantikanarwah mak long ku... malam raya tersebut, kami memasak ayam rendang, daging masak hitam, lemang, nasi impit, kuah kacang dan ayam goreng.. penat tidak terkira, namun puas kerana dapat merasai keseronokkan masak pada malam raya..
pagi raya, saya bangun awal.. menggosok 5 pasang baju ahli keluarga yang lain kerana ibu meminta pertolongan saya menggosok baju adik2, ibu dan ayah.. huhuhu... pagi-pagi lagi dah kena dera.... pagi syawal yag pertama, kami memakai baju sedondon tema warna kelabu... seronok rasanya dapat bergaya sedondon dengan ahli keluarga... selesai bersiap, makan, solat sunat hari raya kami bergerak menuju ke rumah saudara mara sebelah ayah...
hari raya kedua pula, anak2 perempuan termasuk ibu kami, 4 orang total semuanya, menggayakan jubah pelbagai warna... nampak grand, gitu... hehehe... yang lelakinya casual je... tapi tetap segak...
dalam gembira, teringat juga pada mereka yang tiada ibu da bapa.. bagaimana agaknya mereka mengharungi liku2 hidup tanpa insan tersayang.. sungguh, syaa bersyukur atas nikmat yang allah berikan ini.. semoga allah memberkati keluarga kami serta memanjangkan umur kami dengan kesihatan yang baik agar kami dapat bersama meraikan hari mulia ini bagi tahun2 akan datang...
SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN...
No comments:
Post a Comment