Tuesday, May 7, 2013

PROGRAM ANAK ANGKAT SELANGOR.

Dipendekkan cerita, jumaat petang, 5 April 2013, maka peserta program seramai satu bas pun berangkat menuju ke destinasi kami. Oleh kerana jalan sesak ditambah dengan pemandu bas yang tersesat jalan, perjalanan ke bangi yang lebih kurang 45 minit menjadi 4 jam. Wahh..!! Serious tak boleh lupa pengalaman ni.. Hehehe...

Lepas solat isya' peserta dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. Tak sangka, rupanya saya serumah dengan si Maztura tu lagi.. Haish,,... Seorang lagi sedara angkat kami ialah Amira Ithnain.. Budak junior juga. Kami dijemput dengan kereta oleh ayah kami.. perjalanan dari masjid kampung ke rumah baru kami agak jauh jugak.. Di rumah, kami disambut oleh mak dan 3 orang adik-beradik baru kami.. Ingatkan nak dapat adik baru, rupanya, kitorang yang jadi adik. abang sulung kami ialah Abang Syazwan, 24 tahun. Kak Syazwani pulak final year Ijazah Sarjana Muda Kimia di UKM dan abanag Shahmi pulak baru habis diploma, setahun lebih tua dari kitorang. Ayah pulak merupakan seorang guru, orang panggil dia Cikgu Mazlan. Mak pulak kerja kat UKM. Rumah family angkat kitorang sangat luas dan selesa.. diorang jugak sporting dan caring dengan kami.

Mira dan Maz posing depan laman rumah mak.


weheee.....


pondok comel depan rumah mak..



pagi yang indah, udara segar..

Keesokan paginya, selepas sarapan bersama-sama, kami bergerak ke masjid untuk gotong-royong. Abang shahmi yang menghantar dan menjemput kami setiap kali selepas aktiviti. sangat berterima kasih kepada abang Shahmi. gotong royong tamat pada jam 12 tengah hari.. Selepas mandi dan solat di rumah, kami pergi ke kolam ikan di hujung kampung untuk aktiviti seterusnya iaitu memancing dengan menggunakan buluh.. Seronok taw...

enjoy pulak Maz nie..


wahh...! siapa yang rajin sangat tu...?

candid..!!

gubah bunga untuk pentas..

petang nye kami pulang dengan badan basah kuyup dek hujan yang menimpa. malamnya, kami makan malam bersam satu keluarga. seronok sangat sebab dapat share banyak perkara dengan family angkatku. malam tu jugak, kami ada latihan dalam kumpulan dengan semua peserta program di dewan sekolah agama.
esok harinya, adalah hari terakhir. rewang bersama penduduk kampung diadakan. jadi, pada tengah hari tersebut, kami makan bersama-sama di surau. sedapa masakan rewang ni rupanya.. hehehe... 

memancing dengan maztura...

maztura tunjuk rajin je lebih....

part yang sedih... lebih kurang jam 5 petangselepas solat asar, kami pun berangkat pualng. sedih nak berpisah dengan mak dan family baruku. namun, kami berazam untuk terus menjalinkan silaturrahim ini. contact dan details telah aku ambil dari kak wani. perpisahan ini berat kurasakan, namun, itulah namanya kehidupan. inilah pengalaman manis dalam hidupku yang tidak mungkin aku lupakan....

bergambar kenangan bersama mak.. 

bergambar bersama sebelum berangkat pulang...



No comments:

Post a Comment