Kali ni lambat beberapa hari untuk edit and update blog.. seperti yang telah dijanjikan, setiap sabtu mesti kena up date blog, tapi sabtu dan ahad yang lepas saya sangat sibuk...
Sabtu dan ahad lepas, kolej kediaman kelima telah menganjurkan minggu Festival Dayasari. Pelbagai acara telah berlangsung dan saya merupakan ajk pentas dan pertandingan bagi Projek Citra Cinta Satu Malaysia.
Pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya pertandingan peragaan pakaian tradisional, wayang pacak, festival akustik dan pertandingan ketuk asap dapur.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... penat tu memang tak payah cakaplah.. hehehehe... kene marah dan touching sikit2 tu mesti ada tapi, itu semua adalah cabaran. Tak sangka, meeting demi meeting yang diadakan akhirnya telah berakhir.. Merdeka....!!! memamng rasa lega sangat. tapi, lega2 pun, sekarang ni dah masuk minggu kelima semester 2. Dalam erti kata lain, banyaklah test yang datang bagai hujan batu yang menimpa kepala... seriously sakit kepala jugak nak baca banyak2.
But, TIME MANAGEMENT telah membuatkan diri in i serik untuk buat kerja last minute. mujurlah note untuk semua subjek saya dah start buat sejak minggu 1 lagi, so taklah rasa terbeban sangat.
seriously, first time rasa buat test dengan ada rasa konfiden sikit. Tak tahulah kenapa agaknya. Tapi sem2 ni, saya dah start buat study group dah. Padahal, saya seorang yang bukan belajar secara berkumpulan, tapi macam dah nampak effektifnay belajar secara berkumpulan.....
kat bawah ni ada beberapa gambar sempena minggu Projek Citra Cinta 1Malaysia. Hopefully, projek ni akan dapat anugerah projek terbaik KK5....!!
candid..!!
selepas tamat semuanya......
rupa pentas dengan cahaya lampu pada malam hari.
saya (tudung hitam) dan roomate...
gambar beramai2 di hadapan khemah....
No comments:
Post a Comment