Alang-alang dah tulis ni, saya nak share sikit pengalaman join seminar Real Leadership Workshop anjuran pihau SERU Universiti Malaya. Best sangat program ni. Fasilitatornya ialah Kak Elin dan Abang Amirul. Kalau Kak Elin dan Abang Amirul yang buat seminar, confirm best punyalah.. Terbaik...
Sewaktu seminar tersebut, saya belajar banyak benda dan yang paling saya ingat ialah "THE FIRST PERSON THAT I LEAD IS MYSELF". Seriously, lepas habis seminar tu, bila saya pegang kata azimat tu, saya jadi lebih positif dan agak sellfish.. Yup... Bila fikir balik, kita mesti fikir apa yang terbaik untuk kita, kemudian, baru kita boleh lead orang lain jugak. Since saya dah join beberapa program di bawah kelolaan Kak Elin dan Abang Amirul, saya dapat belajar banyak benda dan sekarang ni, saya akan cuba untuk praktiskan apa yang saya pelajari secara beransur-ansur tetapi berterusan.
Tak sabar rasanya nak pergi perjumpaan dengan coach untuk program peer coaching nanti. Insha Allah perjumpaannya pada 13 mac ini. Sekian sahaja untuk hari ini. Terima Kasih kerana sudi membaca....
No comments:
Post a Comment