Wednesday, March 27, 2013

first coaching

FIRST COACHING....

Minggu lepas, iaitu 30 Mac 2013, saya telah menghadiri program sahabat SERU yang dinamakan program peer coaching dan merupakan sesi peer coaching yang pertama bagi saya dan rakan-rakan yang lain. Pertemuan ini telah diadakan di KPS pada jam 8 sehingga 10 malam. Saya sekarang ni merupakan coache kepada Kak Nur Atiqah abdul Malik. Orangnya baik sangat.... dan peer coache saya pula adalah Jayasri a/p Ravendran. Jay seorang yang sangat ramah dan tegas... 

Pengisiannya? Sangat bermanfaat bagi saya dan rakan-rakan. Pertamanya, kami diminta untuk menerangkan apoa yang kami ingn capai dalam hidup ini. Untuk jangka masa panjang, saya ingin berubah menjadi Islam yang mukmin serta mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang GEOLOGIST. Selain itu, saya juga ingin menjadi anak yang berbakti kepada ahli keluarga. tapi, untuk matlamat jangka masa pendek, saya ingin mendapat pointer 4.0 ataupun pointer kelas pertama apabila saya bergelar graduan kelak. 

Meskipun ini merupakan impian yang sangat berat, namun, saya akan mencuba yang terbaik untuk memperoleh pointer yang saya hajati tu....  tapi, sebelum tu, saya kena tahu apa halangan yang mengganggu saya untuk capai cita-cita ini,. Saya rasa, halangan yang terbesar ialah sifat malas dan suka bertangguh. Oleh itu, saya telah merangka beberapa strategi untuk saya ikut untuk memudahkan saya mengejar cita-cita sya tulahh...

Pertamanya, saya telah mempunyai kumpulan belajar saya sendiri. kami duduk di kolej yang berlainan, namun, saya telah mengambil inisiatif untuk pergi ke kolej mereka untuk belajar bersama-sama. seterusnya, saya juga telah membuat nota ringkas setiap kali selepas habisnya lecture. Hasilnya memang berkesan sebab saya sudah ada nota sendiri untuk dibaca. selain itu, saya amalkan membaca sukatan pelajaran dahulu sebelum masuk ke kelas. benda ni memang semua  orang tahu, tapi tak semua orang praktikkan. Betul tak? 

Bila fikir pasal goal ni, kita mesti kena ada sumber inspirasi untuk belajar, kan? so, sumber inspirasi saya ialah kedua-dua ibu bapa saya yang banyak bersusuah payah untuk menjaga dan mengasihi saya sampailah saya ke tahap ini. kata-kata semangat mreka sangat membantu saya untuk mengharungi kepayahan hidup di Universiti Malaya ini. 

note untuk diri sendiri:

Jangan malas..!! jangan fikir untuk hari ini, tapi fikir apa akan jadi pada esok, lusa, tulat and so on kalau tak berusaha sekeras-kerasnya...!!!

No comments:

Post a Comment