Saturday, June 8, 2013

1/12 WEEK.. DOA SELAMAT

count down... lagi beberapa hari je pelajar-pelajar Universiti Malaya akan menghadapi peperiksaan akhir semesta dua. Takut sangat... persediaan memang sudah dibuat tetapi tak tahulah persediaan tu dah cukup ke belum.. In shaa Allah... yang penting dah buat persediaanapa yang patut..

Khamis yang lalu bersamaan 6 Jun 2013 yang lalu, kawan saya, Farhan Zulbahari telah mengadakan majlis bacaan Yaasin dan doa selamat sempena keberangkatannya ke tanah suci untuk mengerjakan umrah dan untuk menjawab exam final. Kami semua (satu deparment) dijemput hadir ke Masjid Bangsar. majlis tersebut dadakan selepas solat maghrib.

selepas selesai majlis, jamuan makan secara kecil-kecilan diadakan di bahagian dewan masjid. berselera kami menjamah nasi minyak yang dimasak sendiri oleh kakotangan masjid tersebut.


              menjamu selera bersama rakan-rakan perempuan yang hadir di bilik makan....

sesungguhnya, usaha tanpa tawakkal kepada Allah tidak akan membawa kita ke arah kejayaan. Malahan, ilmu yang diperoleh juga tidak mendapat keberkatannya di sisi Allah Ta'ala... saya berasa sungguh terharu kerana dapat menghadirkan diri ke majlis yang penuh keberkatan ini. tak sangka, saya tergolong dalam kalangan empat orang pelajar perempuan yang berjaya hadir ke majlis tersebut.. almaklumlah, kebenyakan daipada kami tiada transport.. Mujurlah Farhan sudi menumpangkan saya bersama 3 orang rakan lain, memandangkan kami tinggal di kolej yang berdekatan sahaja..

In shaa Allah, untuk exam kali ini, saya akan lebih bersungguh-sungguh dan ingin menebus kembali kekurangan saya dalam exam yang lalu. buat kawan-kawan yang lain, semoga kita sama-sama memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam exam ini, serta dalam setiap perkara yang kita lakukan.. AMINN....


                         kawan-kawan sedang menjamu nasi minyak denga berselera sekali...


                                                        Bergambar sebelum pulang....

No comments:

Post a Comment