Saturday, June 29, 2013

SEMINGGU DI RUMAH

ASSALAMUALAIKUM....

setelah tamat exam, pulang ke rumah merupakan saat yang dinantikan... yang epicnya, tamat sahaja exam biopopulasi jam 5 ptg, 20 jun, khamis, ku berlari menuju bustop untuk mengejar bas rapid kl.. siap bawak beg baju lagi waktu pergi dewan exam... kenapakah..? hehehe... sebab nak balik kg kat Perak..!! naik rapid kl menuju LRT Universiti, naik LRT ke KL sentral, dan naik ktm menuju Rawang.. Di rawanag, ibu dan pak cik menunggu sekitar jam 9 malam utk bertolak balik kg...

saje je balik kg... tiba2 ibu kata dia nak balik kg, tp dua hari je sbb nak hantar angah pergi ICAN isnin depan... saya hanya mengikut je... kat kg, seronok sgt sebab dapat lepak dengan mak su dan mak kechik.. macam2 cerita keluar... pasal tema baju raya lah, menu pagi raya, deco2 rumah... aish.. semua nye adalah... gelak je keje nye kalau kumpul dengan mak cik-mak cikku yang sempoi dan gila2 ni... rasa tak nak balik rumah pulak... tak puas duduk kampung...

next, ahad petang, saya keluar dengan ayah, ibu dan angah... bawak angah pergi beli barang dia nak masuk asrama... angah ni adikku, Nur Atailah, anak kedua dr kami 5 beradik, kiranya bawah saya lah ni.. shopping dengan budak sorang ni, memang tak habis2 ashik pilih barang warna pink je.... memang dia ni gila warna pink, sampai ayah pn gelak tengok perangai anak nye yg sorang tu..

esoknya, jam 8 pagi, isnin, 24 jun 2013, kami bertolak utk hantar angah ke ICAN, Integrated College of Allied Health and Nursing... angah ambil jurusan diploma in nursing, 3 tahun belajar... in shaa allah, kalau ok, akan terus diambil bekerja.. ni based on pengalaman senior2.. ICAN terletak di bangunan MAXISEGAR, hostel pulak di kondominium villa pandan indah.. dekat je nak ke kolej dia.. masuk kondominium dia, sangat besar.... kongsi 10  orang 1 rumah.. tp lengkap lah rumahnya... sgt selesa....

settle urusan angah, pergi pulak ke UM, utk ambil semua barang2ku di KK5 sebab hari last hari tu terus balik kampung, tak sempat nak kemas bagasi dan buku... rushing2, sampai ada jugak barang yang nyaris tertinggal...

sedang saya gembira seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti, tiba-tiba, dapat satu mesej daripada Maztura Shafiq...terpaku diri ini saat membaca mesejnya mengatakan ayahnya telah pulang ke rahmatullah kerana serangan jantung.. sangat terasa dgn kehilangan arwah kerana saya agk rapat dengan maztura....

hari ini,saya membuka FB maztura dan melihat postnya...



tak mampu bagiku untuk memberi nasihat mahupun ucapan simpati kerana saya tahu, ucapan itu tidak mampu meengubati kepiluan hatinya.... semoga Maztura sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini... al fatihah.....

No comments:

Post a Comment