Thursday, August 15, 2013

minggu ke_9

                        

catatan untuk miggu ke 9, 29 julai hingga 3 ogos 2013.....

tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut lebaran... tak sabar rasanya.. namun, baru ku sedar, banyak persiapan yang belum dilakukan... kuih raya, kemas baju, basuh baju baru, kemas rumah, beli berag-barang yang tak complete lagi, macam-macam lagilah...

penat badan tak terkira... tapi, tetap seronnok... bergurau dengan adik2 dan ibu, sambil mengemas rumah.. kuih raya bermacam jenis yang berjaya saya buat.. tak sangka, dalam 3 hari je, 16 balang kuih untuk diberi kepada sanak saudara serta 6 balang besar kuih untuk rumah kami, berjaya saya siapkan.. seorang diri.. kadang2 je ibu tolong, sebab ibu pun tak siap jahit baju lagi..

kuih raya yang berjaya saya buat ialah almond london, biskut badam, biskut arabian, biskut coklat chips, biskut cornflakes, dan agar-agar kristal.. gembira sangat kerana berjaya buat banyak biskut tahun ni dan dapat beri pada makcik2 ku di kampung... :)

sebenarnya, dah 4 tahun ibu berhenti berniaga biskut raya.. sebab, badan dah tak larat nak buat biskut banyak2.. lagipun, tak de sape nak tolong buat kuih, sebab saya dah start masuk matrik, duduk jauh dari rumah...:)

minggu ini, saya belajar banyak benda...
-kesabaran dituntut dalam mengendalika perkara yang mencabar, lebih2 lagi, jika ada di antara ahli kumpulan  yang enggan beri kerjasama dengan bik..
-planning mesti kena buat sebaiknya, jika tidak, kelam kabut di saat-saat akhir...



2 comments:

  1. wah, banyaknya kuih...
    kita buat satu kuih je tahun nie..

    Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. bahan nye pun dah beli banyak, memang kene buat kasi habis jugak..
      tak kisah berapa pn kuihnya, yang penting, perasaan gembira dan syukur itu ada dalam diri..
      selamat hari raya maaf zahir bati buat aziela sekeluarga... :)

      Delete